• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

19 May 2025 | 01:35 PM

UNIMAS Julung Kali Anjur PESKA 2025 Semarak Budaya Kaamatan di Kampus

Kota Samarahan, 18 Mei: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) terus memperkukuh semangat perpaduan dan kepelbagaian budaya menerusi penganjuran Pesta Kaamatan Cempaka (PESKA) 2025.

Program yang julung kali diadakan itu dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Kolej Cempaka (JPKC) dengan kerjasama Kadazandusun Cultural Association (KDCS) Sarawak dan Persatuan Mahasiswa Sabah (PERMAS) UNIMAS.

Menurut Pengarah Program, Edwerd Johnny, penganjuran pesta tersebut bertujuan untuk membawa keindahan budaya Kaamatan dari Sabah ke UNIMAS, Sarawak.

Menerusi penganjurannya, pihaknya ingin memperkenal dan meraikan keindahan budaya seperti pakaian serta lagu-lagu tradisional Kaamatan kepada warga kampus.

Walaupun ia pertama kali dianjurkan, sambutan yang diterima amat menggalakkan, sekali gus menunjukkan sokongan serta semangat perpaduan dalam kalangan pelajar terhadap budaya Sabah semakin kukuh di UNIMAS.

Beliau turut menyatakan hasrat untuk memperluaskan lagi penyertaan dan penglibatan lebih ramai pihak untuk penganjurannya pada tahun-tahun yang akan datang.

Katanya, PESKA 2025 bukan sahaja menjadi platform untuk memperkenalkan budaya Sabah kepada pelajar UNIMAS, malah turut mempererat hubungan antara etnik serta memupuk nilai saling menghormati dalam kalangan warga kampus.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pada pesta berkenaan yang diadakan di Dataran Kolej Cempaka, UNIMAS, semalam.

Tambah Edwerd, antara acara utama dalam PESKA 2025 termasuk tiga pertandingan utama iaitu pertandingan sugandoi, sukan rakyat, pertandingan Mr. Kaamatan dan Unduk Ngadau.

Pengajuran setiap pertandingan tersebut mendapat penyertaan aktif daripada setiap warga kolej di UNIMAS, dengan lapan finalis bagi Sukan Doi, lima finalis bagi Mister Kaamatan dan sembilan finalis bagi Unduk Ngadau.

#BilikBeritaCats #Catsfm

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok