• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

19 May 2025 | 01:33 PM

1,200 Kanak-Kanak Sertai Pertandingan Mewarna Farley Kuching 2024

KUCHING, 18 Mei: Seramai 1,200 peserta dalam kalangan kanak-kanak berusia empat hingga 12 tahun menyertai Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak anjuran Farley Kuching, hari ini.

Pertandingan edisi ketiga itu terbuka kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan A bagi kanak-kanak berusia 10 hingga 12 tahun, kumpulan B bagi kanak-kanak berusia tujuh hingga sembilan tahun dan kumpulan C bagi kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun.

Setiap peserta bersaing untuk merebut pelbagai hadiah menarik, termasuk hadiah tempat pertama, kedua dan ketiga, serta 10 hadiah saguhati dan 10 hadiah galakan bagi setiap kumpulan.

Jurucakap Farley Kuching dalam satu kenyataan memberitahu pertandingan itu merupakan komitmen berterusan Farley Kuching dalam penglibatan komuniti dan pembangunan belia.

Katanya, Farley Kuching akan sentiasa menyediakan platform untuk generasi muda mengekspresikan diri mereka melalui seni.

Farley Kuching turut berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam pertandingan tersebut khususnya kanak-kanak, ibu bapa dan penaja.

Pemenang bagi kumpulan A, ialah Gan Koh Nee di tempat pertama, tempat kedua, Jarrell Chong Yan Shen dan Joey Wee Zhin Xuan di tempat ketiga.

Sementara Kumpulan B, tempat pertama dimenangi oleh Lee Yi Tin, tempat kedua, Sharon Wong Sie Yu dan Jacelyn Wong Xiang Yi di tempat ketiga.

Kumpulan C pula dijuarai oleh Choo Yu Rou, tempat kedua Beckham Lai Yu Jun dan Scarlett Chong Xing Yan.

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok