KUCHING, 21 April - Projek pembinaan jalan akses baharu yang menghubungkan kawasan selatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dijangka siap sepenuhnya menjelang penghujung Jun 2025.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak menerusi hantaran di Facebook rasminya hari ini menyatakan, kemajuan fizikal projek itu kini telah mencapai 92.38 peratus.
“Fasa pembinaan melibatkan pembinaan jalan empat lorong dua hala sepanjang satu kilometer yang menghubungkan persimpangan T Stutong ke persimpangan T Stampin,” menurut hantaran tersebut.
Selain itu turut dibina jalan dua lorong dua hala sepanjang 5.2 kilometer (km) dari persimpangan T Stampin ke persimpangan T Bukit Berangan, serta sambungan sejauh 1.7 km dari persimpangan T Stampin ke persimpangan T Sungai Tapang.
Projek tersebut turut merangkumi pembinaan tiga jambatan merentasi Sungai Kuap, Sungai Stampin dan Sungai Sangkoh.
#BilikBeritaCATS #CATSFM

BILIK BERITA CATS

21 April 2025 | 05:43 PM