MOSCOW, 21 April - Pentadbiran Presiden Donald Trump dilapor sedang bersedia menarik balik dana penyelidikan kesihatan berjumlah US$1 bilion kepada Universiti Harvard ekoran keengganan institusi itu melaksanakan perubahan pada dasar kakitangan dan Pendidikan.
Sebelum ini, Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat menggantung dana sebanyak US$2.2 bilion kepada universiti itu atas alasan yang sama, menurut sumber yang dipetik oleh Wall Street Journal dan dilaporkan oleh Sputnik/RIA Novosti.
Trump juga mencadangkan agar Harvard tidak lagi diberikan keistimewaan cukai sebagai institusi pendidikan. (Bernama-Sputnik/RIA Novosti)
#BilikBeritaCATS #CATSFM

BILIK BERITA CATS

21 April 2025 | 05:40 PM