MOSCOW, 21 April - China menghentikan pembelian gas asli cecair (LNG) dari Amerika Syarikat pada Mac, sebaliknya meningkatkan import bahan api itu dari Australia, Indonesia dan Brunei, menurut analisis data kastam China dipetik RIA Novosti.
Pada 2024, Amerika Syarikat adalah antara lima pembekal utama LNG ke pasaran China, dengan jumlah eksport sebanyak 4.15 juta tan bernilai US$2.4 bilion.
Pada Januari 2025, China membeli 194,200 tan LNG daripada syarikat AS bernilai US$125.4 juta, namun jumlah itu merosot kepada 65,800 tan dengan nilai US$31.4 juta pada Februari.
Pada Mac, tiada sebarang penghantaran LNG dari Amerika Syarikat ke China direkodkan, menjadikannya gangguan pertama sejak Jun 2022. (Bernama-Sputnik/RIA Novosti)
#BilikBeritaCATS #CATSFM

BILIK BERITA CATS

21 April 2025 | 05:39 PM