• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

21 April 2025 | 05:34 PM

Anugerah PSIEA Pacu Daya Saing Organisasi dan PKS di Sarawak – Awang Tengah

KUCHING, 21 April: Anugerah Kecemerlangan Industri Premier Sarawak (PSIEA) telah membantu meningkatkan kualiti dan daya saing organisasi di Sarawak yang seterusnya menyumbang kepada ekonomi negara.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata 94 organisasi daripada pelbagai sektor pembuatan dan perkhidmatan yang menyertai PSIEA telah menjana nilai anggaran sebanyak RM188 juta.

Katanya, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) adalah tulang belakang landskap ekonomi Sarawak.

Jelasnya, kecekapan, kreativiti, dan inovasi PKS sentiasa menjadi pemacu kepada pertumbuhan inklusif dan mampan merentasi semua sektor.

Datuk Amar Awang Tengah berkata Kerajaan Sarawak kekal komited menyokong PKS melalui dasar strategik, insentif, dan program pembinaan kapasiti agar mereka terus berkembang, bersaing, dan memimpin dalam ekonomi global yang sentiasa berubah.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak, Datuk Malcom Mussen Lamoh pada Majls Pelancaran Anugerah Kecemerlangan Industri Premier Sarawak (PSIEA) 2025 di Kuching hari ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok