• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

17 April 2025 | 05:21 PM

Sarawak Nilai Semula Aset Negeri Hadapi Ketidaktentuan Ekonomi Global

Kuching, 17 April – Kerajaan Sarawak mengambil langkah untuk menyatukan serta menilai semula aset-asetnya sebagai usaha mengekalkan pertumbuhan ekonomi dan hasil negeri, susulan ketidaktentuan ekonomi global masa kini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia sebagai respons kepada perubahan dinamik dalam perdagangan global, termasuk pelaksanaan tarif baharu oleh Amerika Syarikat baru-baru ini.

Menurut beliau, walaupun Sarawak tidak terlalu bergantung kepada pasaran Amerika Syarikat untuk eksport, perkembangan tersebut tetap memberi kesan secara tidak langsung kepada ekonomi negeri.

Katanya, Sarawak tidak boleh terus bergantung semata-mata kepada hasil minyak dan gas, tetapi perlu mempelbagaikan asas ekonomi dengan mengutamakan inovasi dan penggunaan teknologi.

Sehubungan itu, kerajaan negeri sedang mengenal pasti kekuatan dalam portfolio aset yang dimiliki, serta meneroka kaedah pengurusan terbaik bagi menjana pulangan ekonomi yang positif untuk Sarawak.

Langkah tersebut disifatkan penting bagi membolehkan kerajaan negeri menyesuaikan diri dengan perubahan ekonomi global dan mencapai pertumbuhan yang mampan.

Tambah beliau, dasar ekonomi negeri juga perlu diselaraskan bagi mengekalkan kestabilan fiskal serta memenuhi komitmen kewangan Sarawak.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pejabat Setiausaha Kewangan Sarawak di Kuching malam tadi.

Sumber & Foto: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok