• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

17 April 2025 | 05:16 PM

Vesel tunda, tongkang ditahan kerana gagal kemuka dokumen sah

MIRI – Sebuah vesel tunda dan sebuah tongkang telah ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri selepas gagal mengemukakan dokumen yang sah semasa pemeriksaan dijalankan.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kapten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, penahanan dibuat kira-kira jam 4.16 petang semalam oleh pasukan peronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan Op Permai 01/2019 dan Op Tiris 3.0.

Menurut beliau, kedua-dua vesel tersebut dikesan pada kedudukan kira-kira 2.9 batu nautika barat laut Kuala Baram.

Katanya dalam satu kenyataan pada malam Selasa, vesel tersebut dikendalikan oleh enam kru termasuk nakhoda, kesemuanya warga tempatan berusia antara 28 hingga 59 tahun.

Tambahnya, kesemua yang ditahan telah dibawa ke Pusat Tahanan Vesel (PVT) Maritim Miri bagi siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok