• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

10 April 2025 | 05:32 PM

Old Josephians' Association (OJA) Kuching menganjurkan Larian Ora Et Labora

KUCHING, 10 April: Old Josephians’ Association (OJA) Kuching akan menganjurkan Larian Ora Et Labora edisi kelapan bertemakan ‘Back To School’ pada 4 Oktober ini.

Acara larian tahunan itu akan bermula di perkarangan SMK St. Joseph, Kuching pada jam 6 pagi.

Presiden OJA, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian dalam satu kenyataan hari ini berkata, acara itu merupakan medium perjumpaan semula bekas pelajar SMK St. Joseph, selain mengeratkan silaturahim dan menyumbang kembali kepada alma mater mereka.

Beliau yang juga Timbalan Premier Sarawak berkata Larian Ora Et Labora bukan sekadar acara larian, tetapi ia adalah simbol perpaduan keluarga besar St. Joseph.

Katanya, acara larian itu telah menarik lebih 1,400 penyertaan pada edisi tahun lalu dan pihak penganjur menyasarkan penyertaan lebih 1,500 pelari, tahun ini.

Dalam perkembangan lain, Datuk Amar Dr Sim berkata pihak sekolah SMK St. Joseph berusaha mengumpul dana sebanyak RM2 juta bagi menjayakan Fasa 1 Pelan Induk sekolah itu.

Jelasnya, dana itu akan digunakan untuk menambah baik kemudahan pembelajaran agar lebih kondusif dan kolaboratif.

Justeru, semua alumni serta badan korporat diseru untuk bersama-sama membantu menjayakan projek penaiktarafan sekolah itu.

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok