• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

04 April 2025 | 04:30 PM

Aidilfitri 2025: Kes Kemalangan & Saman Menurun

Kuching, 4 April: Sebanyak 332 kes kemalangan jalan raya dicatatkan dalam Op Selamat 24 sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025 sepanjang 6 hari pelaksanaanya sejak 29 Mac lalu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato' Mancha Ata dalam kenyataan hari ini berkata, jumlah kes tersebut menunjukkan penurunan sebanyak 22 kes berbanding catatan kes pada tahun lalu.

Berdasarkan jumlah kes tahun ini, katanya, sebanyak 5 kes merupakan kemalangan maut dengan 5 kes kematian direkodkan.

Masing-masing 3 merupakan mangsa pengguna motosikal, seorang pemandu pacuan empat roda, dan seorang lagi adalah pemandu lori.

Menurut beliau, faktor kecuaian dan kelalaian, dilihat sebagai antara penyebab utama berlakunya kes-kes kemalangan tersebut.

Ia termasuk kegagalan mengawal kenderaan akibat memandu melebihi had laju, pertembungan berhadapan dengan kenderaan lain, dan kecuaian semasa masuk atau keluar simpang.

Selain itu, PDRM juga telah mengeluarkan sebanyak 6,707 saman kepada pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan
Ia merupakan penurunan sebanyak 23.8% berbanding jumlah saman yang dikeluarkan dalam Op sama pada tahun lalu.

Secara keseluruhan, strategi Op Selamat 24 berjaya memastikan penyuraian aliran trafik yang lancar, selain memantau trend lalu lintas di kawasan-kawasan yang kerap berlaku kemalangan maut.

PDRM turut menasihatkan masyarakat agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan menjaga keselamatan diri, terutamanya semasa di jalan raya.

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok