• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

04 April 2025 | 04:26 PM

Klinik Kesihatan Serian Akan Mula Beroperasi 7 April Ini

SERIAN, 4 April - Klinik Kesihatan Jenis 3 Serian yang telah siap sepenuhnya akan beroperasi pada 7 April ini.

Memetik laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja, John Ilus berkata, pembukaan klinik Kesihatan ini akan membolehkan penduduk sekitar kawasan berkenaan mendapat perkhidmatan kesihatan yang terbaik dan selesa berbanding sebelum ini.

“Dengan pertambahan populasi penduduk di bahagian Serian, Hospital Serian kini tidak lagi mampu menampung keperluan semasa dan maka itu klinik Kesihatan Serian diwujudkan untuk memberi perkhidmatan kesihatan yang baik kepada penduduk di Bahagian Serian amnya.

“Sebelum ini, pesakit terpaksa menerima rawatan di tiga buah klinik yang sedia ada iaitu Klinik Komuniti Serian, Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Serian dan Jabatan Pesakit Luar di Hospital Serian,” ujar beliau semasa berucap dalam majlis penyerahan kunci Klinik Kesihatan Jenis 3 Serian, pada Khamis.

John memberitahu, klinik tersebut bukan sekadar menyediakan rawatan pesakit luar dan prosedur rawatan ringan, tetapi juga bakal menawarkan perkhidmatan yang komprehensif seperti Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, Wad Kecemasan, rawatan pergigian, Farmasi Makmal Perubatan Radiologi dan Pemakanan serta Fisioterapi.

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok