• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

04 April 2025 | 03:37 PM

Tambang Bas Bersubsidi RM1 Kuching-Serian Disatukan Dalam Program SBST

KUCHING, 4 April - Tambang bersubsidi RM1 bagi laluan Kuching-Serian ditamatkan susulan penyepaduan laluan itu dalam Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti (SBST) yang berkuat kuasa bulan ini.

Kementerian Pengangkutan Sarawak dalam kenyataan semalam memaklumkan laluan itu merupakan satu daripada 10 laluan di bawah Program SBST dikendalikan Biaramas Express Sdn Bhd menerusi perkhidmatan bas merah jambu BAS.MY.

"Sembilan lagi baki laluan termasuk Taman Malihah, Bako, SMK Matang Jaya, SMK Agama Matang 2, Inap Desa Kampung Benuk, SJK Chung Hua Batu Kawa, King Centre, Muara Tebas dan Terminal Bas Bau akan beralih kepada Program SBST secara berperingkat menjelang Mei 2025.

"Serupa juga, tambang bersubsidi RM1 di laluan terlibat akan dihentikan dan digantikan dengan struktur tambang pas transit MyBas50," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai maklum balas kepada laporan berita pada 28 Mac berhubung pelarasan tambang bas bagi laluan Kuching-Serian oleh sebuah syarikat bas tempatan di sini.

Menerusi Program SBST, penumpang bas di Kuching boleh menikmati perjalanan tanpa had selama 30 hari menggunakan pas MyBas50 pada kadar RM50 sebulan manakala tambang percuma diberikan kepada pelajar, warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

Sementara itu, Program Subsidi Tambang Bas Kadar Rata RM1 kekal berkuat kuasa di kawasan tidak diliputi Program SBST dan akan diteruskan bagi menyokong laluan bas henti-henti bagi memastikan bantuan berterusan kepada pengangkutan awam di seluruh Sarawak. – Bernama

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok