• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

04 April 2025 | 03:35 PM

Sindiket Dadah Rentas Sempadan Tumpas, PDRM Rampas Dadah Bernilai Lebih RM16 juta

KUALA LUMPUR, 4 April - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya melumpuhkan sindiket pengedaran dadah rentas sempadan dengan merampas dadah jenis Methamphetamine bernilai lebih RM16 juta dalam serbuan di sekitar Selangor pada 27 Mac lepas.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman DCP Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali berkata, serbuan bermula dengan penahanan dua lelaki tempatan yang sedang memandu sebuah kenderaan di Subang Jaya pada 7.20 pagi.

"Hasil penahanan tersebut, polis menemukan enam guni berisi 150 bungkusan dadah jenis Methamphetamine seberat 156 kilogram (kg) di bahagian kerusi penumpang belakang dan bonet kereta," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini.

Mat Zani memberitahu, selepas itu polis menyerbu sebuah rumah sewa jenis inap desa di kawasan sama yang digunakan untuk menyimpan dadah dan merampas 12 guni berisi 300 bungkusan dadah seberat 312 kg.

Beliau berkata serbuan ketiga dilakukan pada 1 tengah hari, di sebuah gudang di Taman Bukit Permai, Ampang, dan membawa kepada penemuan dua guni berisi dadah seberat 51 kg.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kedua-dua suspek direman selama 11 hari bermula 28 Mac hingga 7 April bagi membantu siasatan lanjut. – Bernama

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok