• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

04 April 2025 | 03:32 PM

Lebih 5 ribu permohonan dokumen pengenalan diri diterima dan diproses JPN setakat Februari lalu

Putrajaya, 4 April: Sebanyak 5,523 permohonan dokumen pengenalan diri telah diterima dan diproses oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) setakat Februari lalu, melalui program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR).

MEKAR, yang dahulunya dikenali sebagai Program Outreach JPN, merupakan penjenamaan semula yang telah memberikan banyak manfaat kepada masyarakat, terutama dalam pemohonan pengenalan diri dan perkhidmatan nasihat kepada orang ramai.

Ketua Pengarah JPN, Badrul Hisham Alias berkata, sepanjang tempoh tersebut, JPN telah melaksanakan sebanyak 358 siri program MEKAR di seluruh negara dengan Sabah dan Sarawak mencatatkan permohonan tertinggi melalui MEKAR.

Katanya, permohonan yang paling tinggi diproses adalah melibatkan dokumen kad pengenalan, termasuk pendaftaran kad pengenalan kali pertama, pendaftaran lewat kad pengenalan, serta penggantian kad pengenalan yang hilang atau rosak.

Selain itu, permohonan tertinggi juga turut melibatkan pendaftaran kelahiran, seperti pendaftaran kelahiran baharu dan pendaftaran lewat kelahiran.

Menurut beliau, penganjuran MEKAR amat relevan dalam memastikan setiap rakyat memiliki dokumen pengenalan diri yang sah, tidak kira di mana mereka berada.

*Foto: Bayi orang asli bersama ibunya bergambar bersama sijil kelahiran yang diterima menerusi program MEKAR JPN di Pahang

Sumber & Foto: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok