Kuching, 4 Mac: Pelaksanaan inisiatif pendidikan percuma oleh kerajaan Sarawak pada tahun 2026, menumpukan kepada kursus-kursus tertentu terlebih dahulu, merupakan langkah pertama untuk ia diperluaskan pada masa hadapan.
Demikian menurut Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Datuk Fazzrudin Abdul Rahman sebagai respon kepada maklum balas masyarakat di platform media sosial yang mempersoalkan, inisiatif itu tidak melibatkan kebanyakkan kursus.
Tegas beliau, pelaksanaan inisiatif besar seperti itu adalah langkah pertama yang penting untuk menilai keberkesanannya, sebelum mengembangkannya lagi kepada lebih banyak kursus pada masa akan datang.
Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat Sarawak untuk menyokong inisiatif tersebut dalam usaha kerajaan memperkasakan pendidikan dan membangunkan wilayah ini.
Beliau berkata demikian semasa ditemui media pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri beliau di Kuching pada hari Khamis.
Sementara itu, dalam perkembangan yang sama, tambah beliau, Yayasan Sarawak telah melupuskan pinjaman berjumlah RM8 juta kepada pelajar Institut Pendidikan Tinggi (IPT) pada tahun lepas, atas beberapa sebab.
Antaranya termasuk pelajar yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang, atsa dasar rayuan, dan juga pelajar yang telah meninggal dunia.
Pihaknya yakin bahawa melalui Yayasan Sarawak, kerajaan negeri telah banyak membantu pelajar Sarawak untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
#BilikBeritaCATS #CATSFM

BILIK BERITA CATS

04 April 2025 | 03:30 PM