Kuching, 27 Mac – Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak raikan peranan media dalam menyampaikan maklumat pembangunan kepada masyarakat.
Penasihat Lembaga Pengarah AZAM Sarawak, Datu William Patrick Nyigor berkata, usaha tersebut bagi memperkukuh hubungan dengan rakan media untuk memperkasakan penyebaran maklumat pembangunan di Sarawak.
Katanya, beberapa program telah dirancang tahun ini, termasuk Persidangan Media Sarawak 2025 dan Malam Perhubungan Media yang akan diadakan di Kuching.
Menurut beliau, usaha itu membuka ruang kepada pertukaran idea, pengukuhan jaringan, dan perancangan bersama, sekali gus membina naratif pembangunan yang lebih inklusif dan bermakna.
Sehubungan itu, AZAM Sarawak turut mengalu-alukan pengamal media untuk menyertai organisasi itu sebagai ahli.
Melalui keahlian tersebut, mereka berpeluang menyumbang secara langsung dalam usaha pembangunan negeri.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Iftar Bersama Media 2025 yang berlangsung di Kuching, malam tadi.
Majlis tersebut merupakan antara platform AZAM untuk mempererat hubungan dengan media dalam usaha menyampaikan mesej pembangunan kepada masyarakat.
#BilikBeritaCats #Catsfm

BILIK BERITA CATS

27 March 2025 | 12:30 PM