• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

27 March 2025 | 12:28 PM

Polis Miri tahan dua anggota tentera berhubung kematian prebet

KUCHING, 27 Mac - Polis Miri menahan dua anggota tentera berpangkat prebet bagi membantu siasatan berhubung kematian Prebet Muhammad Muqriz Aseri di Kem Sri Miri.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata kedua-dua suspek yang berumur 22 dan 24 tahun itu ditahan kira-kira 4.30 petang pada Selasa.

"Mereka kini direman selama tujuh hari hingga 2 April bagi membantu siasatan. Setakat ini, polis telah mengambil keterangan daripada empat individu berkaitan kes terbabit," katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.

Alexson berkata kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki membunuh dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi serta memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan telus.

Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam kenyataan semalam memaklumkan, punca kematian Prebet Muhammad Muqriz, 21, daripada Batalion Ke-20 Rejimen Askar Melayu Diraja (20 RAMD), Kem Sri Miri pada Isnin lepas adalah akibat trauma tumpul pada dada.

Menurut kenyataan itu, berdasarkan laporan awal hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Miri semalam, hentakan kuat di bahagian badan berkenaan menyebabkan kerosakan pada jantung. – BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok