• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

27 March 2025 | 12:22 PM

Jangan salah guna jalan raya untuk berlumba haram - Abang Johari

KUCHING, 26 Mac - Kemudahan jalan raya yang semakin baik khususnya di kawasan luar bandar di Sarawak tidak harus disalahgunakan bagi tujuan menyalahi undang-undang seperti perlumbaan haram.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan membuat jalan raya bagi memberi kemudahan kepada rakyat dan kawasan Dewan Undangan Negeri Gedong, kira-kira 90 kilometer dari sini tidak terkecuali daripada menikmati kemudahan berkenaan.

“Tidak lama lagi jalan raya kita di sini akan menjadi lebih besar dan kita mula membinanya tahun depan (untuk dihubungkan) hingga ke Samarahan… lebuh raya empat lorong.

“Jangan gunakan jalan raya untuk berlumba, itu sahaja permintaan saya,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Bantuan Lesen Memandu (BLM) B2 anjuran Kementerian Pengangkutan menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Dewan Datuk Patinggi Ali di Gedong hari ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah turut hadir pada program yang menyaksikan 1,135 penduduk di kawasan Gedong, Batang Sadong, Sadong Jaya dan Simunjan memperoleh lesen motosikal kelas B2. - BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok