• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

27 March 2025 | 12:22 PM

Pekerja syarikat pendawaian dikhuatiri lemas tercampak dari bot

SIBU, 26 Mac - Seorang pekerja syarikat pendawaian dikhuatiri lemas selepas tercampak dari bot yang dinaikinya di Sungai Batang Igan, Bungan Kecil, di Mukah, petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan, operasi mencari dan menyelamat sehingga lewat petang masih gagal menemukan mangsa, Saffuan Zaffari, 30 tahun.

“Sebaik sahaja panggilan kecemasan diterima pada 2.30 petang, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah segera digerakkan ke lokasi kejadian, kira-kira 48 kilometer dari balai berkenaan.

“Maklumat awal daripada orang awam mendapati sekitar pukul 2 petang, bot dinaiki mangsa melanggar sebatang kayu hanyut di sungai, menyebabkan mangsa tercampak,” menurut kenyataan itu malam ini.

Pusat Gerakan Operasi JBPM Sarawak memaklumkan pasukan bomba bersama penduduk kampung melakukan pencarian dalam radius satu kilometer ke hulu dan hilir sungai, namun sehingga 6.30 petang, mangsa masih gagal ditemukan dan operasi akan disambung esok dengan bantuan beberapa agensi lain. - BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok