• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

27 March 2025 | 12:21 PM

Lelaki Tempatan Maut, Lori Muatan Batu Terlibat Kemalangan Kendiri

SRI AMAN 26 Mac: Seorang lelaki tempatan maut selepas lori muatan batu yang dipandunya terlibat dalam kemalangan kendiri di Kuari Engkelili, di sini, lewat petang tadi.

Mangsa, dikenali Seblie Jerandeng, 54, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit di dalam lori tersebut.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6:52 petang sebelum menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman ke lokasi.

Komander Operasi, Elijah Tiyit berkata setibanya pasukannya di lokasi mendapati mangsa masih tersepit di tempat duduk pemandu dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata, tindakan operasi penyelamatan dilakukan dengan bantuan jengkaut untuk mengalihkan lori tersebut, dan mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan khas. Namun, pemeriksaan oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok