• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

27 March 2025 | 12:19 PM

Kontraktor digesa menyiapkan projek pembinaan Jambatan Paloh menjelang Mac 2026

KUCHING, 26 Mac: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas melahirkan kebimbangan terhadap kelewatan projek pembinaan Jambatan Batang Paloh bernilai RM298.4 juta di Mukah.

Beliau menggesa kontraktor untuk mengambil langkah serius bagi mempercepatkan pembinaan, termasuk membawa masuk lebih banyak jentera dan peralatan serta melanjutkan waktu kerja bagi memastikan projek yang kini sudah lewat 96 hari dapat disiapkan menjelang Mac tahun depan.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas menerima taklimat kemajuan daripada Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak Dr Cassidy Morris dan wakil kontraktor hari ini.

Datuk Amar Uggah berkata JKR Sarawak akan merangka pelan kerja baharu bagi membantu kontraktor menyiapkan pembinaan mengikut sasaran dan beliau akan mengadakan satu lagi lawatan ke tapak projek pada Julai bagi menilai kemajuan kerja yang telah dilakukan.

Setakat ini, kemajuan keseluruhan jambatan dua lorong sehala sepanjang 1.7 kilometer serta kerja-kerja pembinaan jalan raya sepanjang 4.6 kilometer hanya mencapai 75.25 peratus berbanding jadual asal sebanyak 84.63 peratus.-BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM

Kredit Foto Unit Komunikasi Awam Sarawak - UKAS

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok