• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

26 March 2025 | 02:11 PM

Seramai 48 orang menerima Geran Projek Kecil Luar Bandar Sarawak

LUNDU, 26 Mac: Seramai 48 orang menerima Geran Projek Kecil Luar Bandar Sarawak (MRP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu yang berjumlah RM315,000.

Penerima geran itu terdiri daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Abang Abdul Aziz Datuk Abang Draup menasihati penerima MRP agar menggunakan geran yang disalurkan dengan sebaik-baiknya.

Sementara itu, seramai 110 orang menerima sumbangan Raya DUN Tanjong Datu tahun ini.

Abang Abdul Aziz berkata acara yang diadakan setiap tahun menjelang Hari Raya Aidilfitri oleh Pusat Khidmat N3 Tanjong Datu itu menunjukkan keperihatinan ADUN kepada penduduk di Tanjong Datu.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN )N3 Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan pada Majlis Penyampaian MRP Siri 1,2 dan 3 serta sumbangan Sempena Hari Raya Aidilfitri N3 Tanjong Datu di Dewan Serbaguna Mahligai Gading Lundu semalam.

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok