SEOUL, 25 Mac - Naib Pengerusi Samsung Electronics Co. Han Jong-hee meninggal dunia akibat serangan jantung, menurut sumber industri pada Selasa. Beliau berusia 63 tahun.
Agensi Berita Yonhap melaporkan bahawa Han mengalami serangan jantung pada hujung minggu dan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital, menurut sumber berkenaan.
Dilahirkan pada 1962, Han dianggap sebagai pakar dalam industri televisyen. Di bawah kepimpinannya, Samsung Electronics mengekalkan kedudukan sebagai jenama TV No. 1 dunia selama 19 tahun berturut-turut.
Dalam syarikat, beliau digelar "Mr. Rhinoceros" kerana etika kerjanya yang kuat serta tekadnya untuk mengatasi cabaran. (Bernama-Yonhap)
#BilikBeritaCATS #CATSFM

BILIK BERITA CATS

25 March 2025 | 10:54 PM