• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

25 March 2025 | 04:51 PM

Wanita di China maut, doktor tersilap cabut gigi

BEIJING, 25 Mac - Seorang wanita di China meninggal dunia selepas mengalami kesakitan berpanjangan akibat kecuaian doktor yang tersilap mencabut giginya dalam satu prosedur di Hospital Perbandaran Anqing, wilayah Anhui.

Mangsa, Wu, 34, menjalani rawatan pada 12 Mac lalu bagi mencabut gigi geraham bongsu, namun doktor tersilap mencabut gigi yang sihat.

Lebih memburukkan keadaan, gigi itu kemudian dimasukkan semula secara paksa dan diikat dengan dawai bersama beberapa gigi lain tanpa anestesia atau ubat tahan sakit.

Akibatnya, Wu mengalami kesakitan teruk, pembengkakan muka, serta kesukaran makan sehingga hanya mampu minum air.

Wu dilaporkan telah membuat aduan kepada pihak berkuasa, namun tiada tindakan diambil.

Pada 17 Mac, Wu kembali ke hospital untuk berbincang mengenai kejadian tersebut tetapi kemudian ditemui terjatuh dari tingkat 11 bangunan hospital berkenaan dan disahkan meninggal dunia.

Sementara itu, pihak hospital mengesahkan doktor yang terlibat telah digantung tugas, manakala siasatan sedang dijalankan oleh pihak kesihatan dan polis.

Kes ini mencetuskan kemarahan ramai di media sosial China, dengan lebih 100 juta tontonan serta kecaman terhadap kecuaian perubatan yang berlaku.

#BilikBeritaCATS #CATSFM

SUMBER: MALAYSIA TRIBUNE

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok