• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

25 March 2025 | 04:46 PM

Lebih 127,000 anggota PDRM bakal nikmati insentif Rebat RAHMAH

PUTRAJAYA, 25 Mac - Kementerian Komunikasi hari ini mengumumkan pemberian Insentif Rebat RAHMAH secara sekali bayar kepada lebih 127,000 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersempena Sempena Hari Polis Ke-218.

Kementerian itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan tawaran berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama penyedia perkhidmatan telekomunikasi, khusus kepada anggota PDRM, meliputi anggota beruniform dan awam yang berkhidmat dengan pasukan keselamatan itu.

Menurut kenyataan itu pemberian insentif berkenaan disokong oleh syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM Tech, YTL Communications, Tune Talk, redONE dan XOX Com.

Memperincikan insentif itu, Kementerian Komunikasi berkata anggota PDRM yang mendaftar pelan pascabayar akan menikmati rebat dalam bentuk tanggungan pembayaran bil selama satu bulan sama ada pada April, Mei atau Jun, bergantung kepada tarikh kitaran bil penerima rebat.

“Anggota PDRM yang melanggan pakej prabayar pula akan menerima tambah nilai prabayar minimum RM30 secara sekali bayar dan kaedah pemberian rebat adalah berbeza mengikut syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi,” menurut kenyataan itu.

Maklumat lanjut mengenai insentif itu akan diumumkan oleh syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi masing-masing.

Untuk menyemak senarai soalan lazim, anggota PDRM disarankan merujuk laman sesawang Kementerian Komunikasi di pautan https://www.komunikasi.gov.my/en/awam/faq. - BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok