• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

25 March 2025 | 04:45 PM

PDRM Sarawak lancarkan OP Selamat 24 sempena Aidilfitri, pastikan pengguna jalan raya selamat

Kuching, 25 Mac: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak akan melaksanakan ‘Op Selamat 24’ selama 6 hari bermula 29 Mac hingga 3 April, bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato Mancha Ata dalam kenyataan hari ini berkata, Operasi tersebut bertujuan untuk menurunkan kadar kemalangan di samping menguatkuasakan undang-undang dan peraturan lalulintas.

Menurutnya, operasi ini akan melibatkan semua cawangan dan jabatan PDRM Kontinjen Sarawak di semua daerah wilayah ini.

Kira-kira 345 orang pegawai dan anggota akan terlibat dalam menentukan keselamatan pengguna jalan raya dan memastikan aliran trafik bergerak lancar.

Antara tumpuan Op Selamat 24 ini adalah di Jalan Persekutuan, Jalan Negeri dan Jalan Bandaran, termasuk rondaan di 56 lokasi yang kerap berlakunya kemalangan.

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok