• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

25 March 2025 | 04:41 PM

Switzerland berhasrat eratkan lagi hubungan dengan Sarawak

Kuching, 25 Mac: Switzerland berhasrat eratkan lagi hubungan dengan Sarawak, tumpukan peluang pelaburan di samping memupuk kerjasama dalam bidang keselamatan, keamanan dan penglibatan pelbagai hala.

Duta Besar Switzerland ke Malaysia, Chantal Moser berkata, hasrat penting itu dibincangkan semasa kunjungan hormat beliau kepada Premier Sarawak di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Beliau menzahirkan minat untuk memahami visi Sarawak dan keseluruhan perjalanan Malaysia dalam memastikan kesejahteraan rakyatnya.

Katanya, Sarawak memberi gambaran kepada perspektif baharu tentang potensi yang ada di rantau ini.

Sehubungan itu, terdapat beberapa siri mesyuarat lagi akan diadakan hari ini dan esok untuk meneroka lebih banyak projek yang diusahakan oleh kerajaan Sarawak.

Tambah beliau, ia merupakan lawatan pertamanya ke Sarawak sejak memulakan misinya di Malaysia pada 1 Jan lepas.

Terdahulu, menurut beliau, Sarawak dan Switzerland telah terlibat dalam beberapa pelaburan selama ini, dan Switzerland amat berminat untuk mengembangkan lagi kerjasama tersebut.

Sumber: BERNAMA
Foto: JAPEN Sarawak

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok