• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

25 March 2025 | 04:40 PM

Dua kenderaan musnah terbakar, tiada penghuni ketika kejadian

KABONG, 25 Mac — Dua buah kenderaan musnah sepenuhnya dalam kebakaran yang berlaku di sebuah garaj, di Jalan Badron 1, Pantai Tanjung Kembang, tengah malam tadi.

Kejadian yang dilaporkan sekitar jam 12.44 tengah malam itu melibatkan Perodua Myvi dan Proton Wira Aeroback, yang ketika itu diparkir di garaj.

Menurut Komander Operasi, Nasir Drahman, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan.

Setibanya di lokasi, katanya, pasukan mendapati kedua-dua kenderaan telah terbakar 100 peratus, manakala terdapat kebakaran kecil pada pintu rumah kediaman yang tiada berpenghuni semasa kejadian.

Nasir berkata lagi, operasi pemadaman awal dilakukan oleh 10 anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kabong menggunakan dua alat pemadam api untuk mengawal api daripada merebak.

Setakat ini, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan bomba.

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok