Padawan, 24 Mac: Empat lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing ditahan bersama dadah dalam 3 serbuan di lokasi berbeza sekitar daerah Padawan pada 22 Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Padawan, Supt Mohd Irwan Hafiz Md Radzi dalam kenyataan hari ini berkata, rampasan melibatkan dadah jenis ecstacy, syabu, ketamine dan pil eramin 5 dengan nilai rampasan berjumlah RM106,578.
Turut disita adalah 4 buah kereta, wang tunai dan barang kemas dengan nilai sitaan berjumlah RM136,050.
Kesemua suspek telah direman selama 7 hari hingga 30 Mac nanti.
Kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
#BilikBeritaCats #Catsfm

BILIK BERITA CATS

25 March 2025 | 04:32 PM