• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

24 March 2025 | 05:22 PM

Fokus Perancangan dan Pelaksanaan Projek Pembangunan

Kuching, 24 Mac: Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof bersama Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNG) Sarawak Bil. 1 Tahun 2025

Mesyuarat yang berlangsung di Wisma Bapa Malaysia, Kuching itu menumpukan kepada perancangan dan pelaksanaan projek pembangunan di Sarawak.

Beliau menerusi hantaran di laman Facebook rasminya berkata, perbincangan menyeluruh melibatkan status semasa pelaksanaan projek-projek pembangunan.

Ia termasuk analisis prestasi, peruntukan perbelanjaan, serta isu-isu berkaitan dalam kerangka Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12).

Selain itu, cabaran utama seperti kekangan peruntukan dan kelewatan penyempurnaan projek turut diperhalusi bagi merangka penyelesaian yang lebih efektif.

Keutamaannya adalah untuk memastikan setiap projek pembangunan di Sarawak, dapat disiapkan mengikut jadual dengan tahap kecekapan dan keberkesanan yang tinggi.

Justeru, pelbagai pendekatan strategik telah dibincangkan bagi mempercepatkan pelaksanaan projek serta memastikan manfaatnya dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Sarawak.

Tambah beliau, mesyuarat tersebut juga menjadi landasan penting dalam perancangan awal kerangka Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMKe-13) untuk Sarawak.

Ia bagi memastikan kesinambungan pembangunan yang mampan dan inklusif serta memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat dan kemajuan negeri.

Sumber & Foto: Fadillah Yusof

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok