• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

24 March 2025 | 05:21 PM

Dua warga emas cedera dalam kemalangan yang melibatkan sebuah motosikal dan kenderaan jenis MPV

Kuching, 24 Mac: Dua warga emas cedera dalam kemalangan yang melibatkan sebuah motosikal dan kenderaan jenis MPV di Simpang Saratok, tengah hari tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada jam 12.19 tengah hari.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Saratok telah digerakkan ke lokasi kejadian.

Setibanya pasukan bomba, mereka mendapati dua warga emas yang menaiki motosikal mengalami kecederaan akibat kemalangan tersebut.

Mangsa, seorang lelaki warga emas sebagai penunggang, cedera di bahagian muka, manakala pemboncengnya, seorang wanita warga emas, mengalami kecederaan di bahagian kaki.

Kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Saratok untuk rawatan lanjut, sementara pemandu MPV tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Operasi tamat pada jam 12.40 tengah hari.

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok