• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

24 March 2025 | 02:10 PM

Mawilla 4 Tentera Laut Diraja Malaysia yang akan dibina di Muara Tebas

KUCHING, 24 Mac: Markas Wilayah Laut 4 (Mawilla 4) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang akan dibina di Muara Tebas, mampu beroperasi sebagai lokasi strategik untuk transit kapal selam.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain berkata, ia berikutan kawasan perairan di tapak pangkalan berkenaan, tidak landai dan mempunyai kedalaman laut 14 meter secara semula jadi menjadikannya sesuai dan strategik.

Tambah beliau, terdapat juga kemungkinan untuk TLDM mengaturkan kapal selam dari pengkalan tersebut sebagai operasi hadapan.

Dalam pada itu, untuk pelabuhan kapal, pihaknya memang akan melihat kesesuaian sama ada, ia boleh berlabuh untuk ulang bekal dan sebagainya.

Katanya, dengan kedalaman laut dan keluasan lokasi tersebut, ia membolehkan bagi kapal yang berukuran 100 hingga 120 meter panjang untuk berlabuh.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melawat tapak projek Mawilla 4 di Muara Tebas, Kuching, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai kajian kebolehlaksanaan pembinaan markas itu, katanya ia akan dijalankan oleh Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) selaku tuan tanah tapak projek berkenaan, dan dijangka siap suku pertama tahun depan.

Manakala untuk proses pembinaan pula, ia dijangka memakan masa kira-kira tiga tahun selepas mendapat kebenaran daripada Kementerian Pertahanan.

Sementara itu, berdasarkan pelan cadangan asal projek, tiada keperluan untuk memindahkan penduduk di kawasan sekitarnya termasuk Kampung Goeblit.

Tegas beliau, pembinaan Mawilla 4 tidak akan mengganggu penempatan di kawasan itu, sebaliknya ia membawa kemakmuran kepada rakyat.

Sumber & Foto: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok