KUALA LUMPUR, 22 Mac - Jumlah mangsa banjir di Sarawak, Johor dan Sabah meningkat kepada 13,193 orang yang ditempatkan di 92 pusat pemindahan sementara (PPS), berbanding 10,381 mangsa awal pagi tadi, setakat jam 12 tengah hari tadi.
Menurut laporan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), mangsa paling ramai direkodkan di Johor iaitu 11,743 orang daripada 3,337 keluarga yang berada di 79 PPS di enam daerah.
Ia diikuti 1,210 mangsa daripada 323 keluarga dari tujuh daerah yang kini ditempatkan di 10 PPS di Sarawak.
Mangsa banjir di negeri ini menunjukkan trend meningkat dengan mangsa paling ramai di Song iaitu 373 orang, diikuti Kapit (244); Kanowit (192); Selangau (110) dan 65 mangsa di Sibu yang kesemuanya ditempatkan di tujuh PPS.
Semantara itu di Sabah, seramai 240 mangsa daripada 80 keluarga kini berada di tiga PPS dari tiga daerah.
#BilikBeritaCATS #CATSFM

BILIK BERITA CATS

22 March 2025 | 10:39 PM