ANKARA, 21 Mac - Pentadbiran Trump berusaha menangani kesan buruk selepas mendedahkan ribuan halaman dokumen berkaitan pembunuhan John F. Kennedy pada 1963, yang secara tidak sengaja mendedahkan data peribadi sensitif, lapor Anadolu Ajansi memetik The New York Times pada Khamis.
Daripada 64,000 halaman yang didedahkan oleh Arkib Negara, atas arahan tidak dirancang Trump, ratusan daripadanya mengandungi nombor Keselamatan Sosial dan maklumat peribadi lain tanpa disunting, termasuk milik kakitangan kongres, penyelidik perisikan serta sekurang-kurangnya seorang bekas duta Amerika Syarikat.
Menurut laporan itu, sebahagian individu terjejas masih hidup. (Bernama-Anadolu)
#BilikBeritaCATS #CATSFM

BILIK BERITA CATS

22 March 2025 | 10:33 PM