• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

22 March 2025 | 10:19 PM

Sarawak Energy Berhad telah menutup bekalan elektrik di Kanowit

SIBU, 21 Mac - Sarawak Energy Berhad (SEB) telah menutup bekalan elektrik di beberapa kawasan di Kanowit, Song dan Kapit susulan banjir.

SEB dalam kenyataan hari ini memaklumkan kawasan terjejas di Kanowit ialah Rumah Pam Rawatan Air Kanowit, sebahagian Nanga Poi, Rumah Nyalong dan Sungai Baloh.

Di Song membabitkan antaranya Sungai Embuau, Sungai Manap, Sungai Song, Lubok Engkabang, Sungai Selibut, Nanga Kebiaw, Sungai Lijau, Temalat dan Kampung Rian.

“Di Kapit, gangguan bekalan elektrik menjejaskan Sungai Sibau Ulu, Nanga Tulie, Nanga Baleh, Pulau Pisang dan Kampung Muhibbah Bleteh.

“Bekalan elektrik akan dipulihkan setelah banjir surut. Bagi mengelak potensi bahaya elektrik seperti kebakaran atau kejutan elektrik, stesen-stesen janakuasa di kawasan yang dilanda banjir perlu diperiksa dan dikendalikan sewajarnya,” menurut kenyataan itu.

SEB menghargai kerjasama pengguna atas kesabaran mereka menghadapi situasi sukar ini.

Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan, pengguna boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan 24/7 SEB menerusi 1300-88-3111 atau aplikasi SEB Cares. – BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok