• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

22 March 2025 | 10:15 PM

Seorang lelaki warga tempatan membakar pintu gereja

MIRI, 21 Mac – Polis menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 30 tahun berhubung kes bakar pintu Gereja St Dominic And The Rosary di Taman Tunku.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada 19 Mac lepas.

“Tindakan pantas polis telah Berjaya menahan suspek lelaki warga tempatan berumur 30 tahun di kawasan Taman Tunku dan merampas pakaian serta alatan yang disyaki digunakan untu membakar.

“Hasil pemeriksaan awal ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

ACP Alexson berkata, suspek telah direman selama empat hari di Mahkamah Majistret Miri sehingga 24 Mac atas kesalahan dibawah seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 7 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Beliau turut menasihati orang awal supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih berkaitan dengan kejadian itu.

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok