• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

22 March 2025 | 10:13 PM

Kes merakam serta memiliki video dan gambar bogel anak tiri

Kuching, 21 Mac – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato' Sri Nancy Shukri, menggesa Jabatan Peguam Negara (AGC) meneliti semula hukuman kes seorang lelaki yang merakam serta memiliki video dan gambar bogel anak tirinya yang sedang mandi, di Johor baru-baru ini.

Menurut beliau, hukuman yang dijatuhkan perlu setimpal dengan tahap kesalahan bagi memastikan keadilan kepada mangsa.

Katanya, walaupun undang-undang memperuntukkan hukuman maksimum 10 tahun penjara dan denda RM10 ribu, pesalah dalam kes ini hanya dikenakan denda RM6 ribu sahaja.

Tegas beliau, hukuman tersebut tidak mencerminkan keseriusan kesalahan yang boleh menghakis kepercayaan masyarakat terhadap sistem perundangan negara.

Kerajaan tidak mahu kes seperti ini menjadi perkara biasa dalam masyarakat, terutama apabila pelaku adalah dalam kalangan ahli keluarga sendiri.

Lebih membimbangkan adalah, kes ini melibatkan golongan remaja.

Oleh itu, kerajaan mahu memastikan keadilan kepada mangsa dan kepentingan golongan remaja yang lain tidak diabaikan.

Beliau berkata demikian apabila menjawab pertanyaan media berhubung kenyataan beliau hari ini mengenai kes tersebut.

Mengulas lanjut berhubung kenyataan itu, katanya satu kajian menyeluruh perlu dilakukan dahulu, sebelum sebarang pindaan undang-undang dibuat.

Gesaan ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan keadilan kepada mangsa serta menghantar mesej jelas bahawa jenayah terhadap golongan ini tidak akan dipandang ringan.

#BilikBeritaCats #Catsfm

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok