KUALA LUMPUR, 21 Mac: Malaysia mengukuhkan reputasinya sebagai satu daripada 10 negara terbaik untuk persaraan bagi 2025 oleh International Living, menduduki tempat ketujuh dalam Annual Global Retirement Index terbitan majalah itu.
Senarai yang dinanti-nantikan itu dikeluarkan baru-baru ini oleh majalah yang berpangkalan di Ireland, menilai 20 negara berdasarkan beberapa faktor utama termasuk kos sara hidup, penjagaan kesihatan, pilihan visa dan pemastautin, iklim, tadbir urus serta gaya hidup.
Laporan itu menekankan daya tarikan Malaysia kepada pesara asing berikutan faktor kos sara hidup yang rendah, infrastruktur yang baik serta kepelbagaian budaya yang unik.-BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM

BILIK BERITA CATS

21 March 2025 | 06:30 PM