GAZA, 21 Mac - Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarini mengesahkan bahawa lima lagi petugasnya terbunuh di Gaza dalam tempoh beberapa hari lepas, menjadikan jumlah keseluruhan kakitangan yang terkorban mencecah 284 orang.
"Mereka adalah guru, doktor dan jururawat—berkhidmat untuk golongan yang paling memerlukan," kata Lazzarini dalam satu hantaran di platform X, seperti yang dipetik oleh Agensi Berita Emiriah (WAM).- BERNAMA-WAM
#BilikBeritaCATS #CATSFM

BILIK BERITA CATS

21 March 2025 | 05:53 PM