JAKARTA, 21 Mac - Gunung Lewotobi yang terletak di wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia meletus lewat malam Khamis dan berlanjutan hingga pagi Jumaat, menyebabkan pihak berkuasa menaikkan status amaran ke tahap tertinggi.
Menurut laporan Xinhua, letusan itu menghamburkan abu setinggi 8,000 meter sebelum tengah malam Khamis, dengan asap kelabu kehitaman tersebar ke arah barat daya dan barat.
Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi menaikkan status amaran gunung berapi itu ke tahap IV, iaitu tahap amaran tertinggi sejak Khamis.
Pesawat juga dinasihatkan untuk berwaspada terhadap abu gunung berapi yang boleh mengganggu penerbangan. (Bernama-Xinhua)
#BilikBeritaCATS #CATSFM

BILIK BERITA CATS

21 March 2025 | 05:52 PM