ISTANBUL, 21 Mac - Lapangan Terbang Heathrow di United Kingdom terpaksa ditutup selepas kebakaran berlaku di sebuah stesen janakuasa elektrik yang membekalkan tenaga ke kemudahan itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Dalam kenyataan di platform X, pihak pengurusan Heathrow memaklumkan bahawa penutupan akan dikuat kuasa sehingga 11.59 malam (waktu tempatan) 21 Mac demi memastikan keselamatan penumpang dan kakitangan.
Penutupan itu dijangka menyebabkan gangguan besar terhadap jadual penerbangan serta perjalanan penumpang. (Bernama-Anadolu)
#BilikBeritaCATS #CATSFM

BILIK BERITA CATS

21 March 2025 | 04:18 PM