WASHINGTON, 21 Mac - Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menandatangani perintah eksekutif bagi membubarkan Jabatan Pendidikan, menjadikannya agensi persekutuan terbaharu yang disasarkan selaras dengan matlamat konservatif yang telah lama diperjuangkan.
Trump berulang kali menyifatkan jabatan itu sebagai pembaziran dan menegaskan bahawa dana pendidikan sepatutnya dikendalikan oleh setiap negeri, lapor Anadolu Ajansi. (Bernama-Anadolu)
#BilikBeritaCATS #CATSFM

BILIK BERITA CATS

21 March 2025 | 04:17 PM