SELANGAU, 21 Mac: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang di Rh. Lang Nanga Meruan Dijih sejak 18 Mac dijumpai selamat hari ini.
Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata Desmond Irang Julia ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat di kawasan hutan, kira-kira 50 meter dari rumah panjang sekitar jam 9.55 pagi.
Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata kanak-kanak itu dibawa ke Klinik Kesihatan Selangau untuk pemeriksaan lanjut.
#BilikBeritaCATS #CATSFM