Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini menyaksikan penyerahan zakat perniagaan 2025 berjumlah RM 1 juta daripada Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) kepada Tabung Baitulmal Sarawak di Wisma Bapa Malaysia, di Kuching.
Cek cura itu diserahkan oleh Pengurus Besar BDA, Datu Muhamad Yakup Kari, kepada Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak, Datuk Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie.
Turut hadir sama, Timbalan Pengerusi BDA, Dato Haidar Khan.
#BilikBeritaCATS #CATSFM

BILIK BERITA CATS

21 March 2025 | 02:12 PM