• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

21 March 2025 | 02:10 PM

MATTA Malaysia Pickleball Grand Slam 2025

KUCHING, 21 Mac: Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) akan mengadakan ‘MATTA Malaysia Pickleball Grand Slam 2025’ pada 7 hingga 20 Oktober di Malaysia's Pickleball Powerhouse, Kuching.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata penganjuran itu merupakan satu langkah utama dalam usaha kementerian dalam mempromosikan pelancongan sukan bukan sahaja di Sarawak tetapi juga di peringkat nasional dan antarabangsa.

Katanya, Sarawak sentiasa menjadi destinasi unik dan dinamik yang menawarkan ekopelancongan, kebudayaan dan acara bertaraf dunia.

Jelasnya lagi, penganjuran MATTA Malaysia Pickleball Grand Slam 2025, seiring dengan visi kementerian untuk menjadikan Sarawak sebagai hab utama pelancongan sukan.

Dato Sri Karim berkata dengan lebih 1,350 peserta dalam dan luar negara, acara sukan bertaraf dunia itu akan meningkatkan sektor pelancongan Sarawak yang meliputi hospitaliti, makanan dan pengangkutan.

Ujarnya, ia juga meletakkan Sarawak dalam peta sebagai destinasi pilihan untuk acara sukan antarabangsa.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalannya, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew di Bangunan Baitulmakmur 2, Kuching hari ini.

Sementara itu, Datuk Sebastian turut menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara MATTA dan Persatuan Pickleball Malaysia dalam usaha mengukuhkan kerjasama jangka panjang selain meningkatkan pelancongan Sarawak menerusi sukan itu.

MATTA Malaysia Pickleball Grand Slam 2025 akan menampilkan pelbagai kategori termasuk acara berpasukan, acara individu bagi lelaki, wanita dan beregu campuran dengan jumlah hadiah keseluruhan bernilai RM100,000.

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok