LIMBANG, 21 Mac: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang hilang di hutan berhampiran Kampung Gumaya sejak 17 Mac lalu diteruskan hari ini.
SAR hari ini diperluaskan ke kawasan Sungai Pandaruan dengan radius pencarian sejauh 10 kilometer.
Mangsa yang hilang dikenali sebagai Juni Dullah berusia 52 tahun.
Setakat ini, pasukan SAR belum menemui sebarang petunjuk.
#BilikBeritaCATS #CATSFM

BILIK BERITA CATS

21 March 2025 | 02:09 PM