LUNDU, 21 Mac: Lembaga Amanah Kebajikan Islam Lundu (LAKIL) menyumbang bakul makanan kepada 60 orang asnaf di Daerah Lundu dan Sematan.
Sumbangan itu disampaikan oleh Pengerusi LAKIL, Datuk Amar Jamilah Anu di Masjid Pehin Sri Haji Adenan semalam.
Selain itu, beliau selaku Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Lundu turut menyerahkan sumbangan Perkim Negeri Sarawak untuk asnaf - asnaf di kawasan Lundu Sematan dan pelajar di SMK Lundu.
Datuk Amar Jamilah berharap sumbangan itu dapat menyuntik golongan asnaf untuk menjalani ibadah puasa dengan rasa bersyukur.
#BilikBeritaCATS #CATSFM

BILIK BERITA CATS

21 March 2025 | 02:08 PM