• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

21 March 2025 | 02:06 PM

Seramai 100 Penerima Diraikan Hari Ini Dalam Program Sejambak Kasih Aidilfitri

Betong, 21 Mac: Seramai 100 penerima diraikan hari ini, bersempena Program Sejambak Kasih Hari Raya Aidilfitri Bahagian Betong 2025.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata, jumlah tersebut merupakan sebahagian daripada 2,216 penerima sumbangan secara keseluruhan bagi bahagian Betong, tahun ini.

Katanya, setiap penerima terdiri daripada penerima bantuan kebajikan bulanan dari pelbagai skim Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bersempena program tersebut, mereka akan menerima sumbangan tambahan berupa wang tunai berjumlah RM100 dan hamper barangan bernilai RM80.

Manakala bagi penerima yang tidak dapat hadir dalam majlis tersebut hari ini, sumbangan itu akan dikreditkan ke dalam akaun bank masing-masing.

Sementara itu, dalam ucapannya, Datuk Mohammad Razi berkata, program tersebut bertujuan untuk meringankan beban kewangan serta menceriakan penerima dalam menyambut perayaan Hari Raya yang bakal tiba.

Ia juga diharap dapat meningkatkan kualiti hidup bagi golongan keluarga yang kurang berkemampuan.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Penyampaian Sumbangan Program berkenaan di Masjid Darul Solihin, Debak, pagi tadi.

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok