KUCHING, 21 Mac - Seramai 19 orang mangsa banjir di Kapit dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di asrama belia Jalan Bleteh petang semalam.
Menerusi hantaran di Facebook rasmi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit, Ketuanya Timoty Barat berkata, pihaknya menerima panggilan jam 5.04 petang dan segera menggerakkan anggota ke lokasi kejadian.
“Dalam kejadian di Lorong 7 Jalan Airport, sekeluarga seramai tiga orang iaitu seorang lelaki dewasa,seorang perempuan dewasa dan seorang kanak-kanak meminta bantuan untuk dipindahkan ke PPS di asrama belia Jalan Bleteh.
“Pihak bomba segera menuju ke rumah mangsa dengan menaiki perahu panjang yang disediakan oleh penghuni kawasan tersebut,” katanya.
Katanya, ketiga-tiga mangsa berjaya dibawa ke tempat selamat dan seterusnya dibawa ke PPS dengan menaiki Hilux pihak APM.
“Pihak bomba juga telah membantu memindahkan seramai lima orang mangsa menaiki Hilux bomba ke PPS.
“Mereka menunggu di tempat selamat sebelum pihak bomba tiba. Setakat ini seramai 19 orang mangsa banjir telah berjaya dipindah ke PPS yang turut dibantu oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ,” ujarnya.
#BilikBeritaCATS #CATSFM