NEW YORK, 20 Mac - Finland sekali lagi dinobatkan sebagai negara dengan penduduk paling bahagia di dunia untuk kali kelapan berturut-turut, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) berdasarkan Laporan Kebahagiaan Dunia yang diterbitkan pada hari Khamis sempena Hari Kebahagiaan Antarabangsa.
Laporan itu, hasil kerjasama antara firma tinjauan Gallup, Oxford Wellbeing Research Centre, dan UN Sustainable Development Solutions Network, menganalisis tempoh antara 2022 hingga 2024.
Seperti tahun sebelumnya, negara-negara Nordik terus mendominasi kedudukan teratas dengan Denmark, Iceland, dan Sweden masing-masing berada di tempat kedua, ketiga dan keempat, manakala Norway di tangga ketujuh.
Daripada 147 negara yang disenaraikan, Afghanistan berada di kedudukan tercorot.
Rakyat Finland yang diminta menilai kehidupan mereka memberikan skor purata 7.736 daripada 10, manakala purata bagi rakyat Afghanistan hanya 1.364.
Para penyelidik mengenal pasti beberapa faktor utama yang menyumbang kepada kesejahteraan penduduk, antaranya sokongan sosial, pendapatan, kebebasan kesihatan, serta persepsi terhadap rasuah. (Bernama-dpa)
#BilikBeritaCATS #CATSFM

BILIK BERITA CATS

21 March 2025 | 10:04 AM